Tuesday, October 20, 2009
Aku Ingin Tebus Kembali Masa Itu.
...
Bila kau zahirkan niatmu untuk belajar lagi.
Itu adalah antara berita yang amat menggembirakan aku.
Amat.
Kerana kau pernah bercerita. Kerana kau pernah mengungkai ikatan kenangan lama. Dan,rupa-rupanya ketika aku berada di ibu kota menggapai ilmu buat bekalan masa depanku, kau terumbang-ambing dengan haluan hidupmu yang tidak menentu. Bagai hanyut di lautan yang tidak bertepi dan kau hilang tali kemudi.
Aku berada hampir denganmu.
Sangat hampir.
Pengajianmu kandas...dan kau tak punyai sesiapa mengalas semangat untuk kau terus berada di atas landasan yang mampu membawamu ke atas.
Tiada.
Dan, aku sangat hampir.
Sangat hampir.
Itulah yang bermain di benakku walau kini kita jauh terpisah dengan takdir,jarak, waktu dan keadaan.
Bila kau zahirkan niatmu untuk meneruskan pengajian. Aku di sini, menggenggam tangan dengan azam, dorongan dan apa jua pertolongan.
Aku di sini, menadah tangan memohon agar kau akan berjaya menjulang kejayaan.
Walau takdir sudah tentunya begitu, aku ingin tebus kembali masa itu.
Izinkan aku.
Izinkan aku dalam sejuta permintaan aku untuk kau maafkan aku.
Aku ingin kembali hampir.
Dalam jauh jarak dan takdir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment