Friday, August 14, 2009
Topi Keledar Putih
...
Terima kasih kerana ingatkan aku tentang topi keledar putih itu.
Yang kemudiannya hilang di curi. Yang tinggal hanya besi pengikat yang di sangkutkan di bawah pelana.
Topi keledar itu murah sebenarnya, tapi aku ubahsuai pelapik dalamannya menjadi tebal dan aku tutup lubang kecil di sebelah kiri dan aku catkan semula dengan warna putih. Mungkin, seputih hati aku ketika itu.
Di bahagian belakangnya, aku lekatkan 'sticker' Oakley warna biru. Jarang remaja ketika itu melekatkan 'sticker' itu sebab Oakley lebih kepada Motorcross sedangkan yang paling hebat ketika itu adalah Eddie Lawson yang menunggang Yamaha dalam siri Grand Prix Motosikal dunia.
...dan aku beli sticker SUZUKI, aku potong dan aku lekatkan menjadi nama ringkasmu di kanan dan kiri topi.
Aku tak tahupun yang kau perasankan namamu itu.
Tapi, mungkin, ketika itu, aku genggam topi keledar putih itu agar menjadi lambang putihnya perasaan aku kepadamu.
mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment