Thursday, August 13, 2009
Kenangan Semalam
Kenangan semalam sering menghantui diriku. Walaupun telah lebih dua puluh tahun berlalu, rasanya bagai semalam ku mengenalimu.
Aku masih ingat..kita sering bertembung sewaktu pagi jumaat dimana diadakan aktiviti badan beruniform ketika itu. Kau memandangku dari jauh. Aku sedar. Aku pura-pura tidak memandangmu. Hakikatnya aku juga sepertimu. Cuma aku tidak menunjukkan reaksiku itu. Aku malu.
Aku sering melihat kelibatmu ketika aku berbaris panjang untuk ke sekolah..dan apabila kita bertembung di mana-mana, kau tak pernah lupa memberikan senyumanmu padaku. Senyuman bagiku yang amat manis sekali.
Sehingga kini aku masih ingat segalanya tentangmu. Cara kau berjalan, cara kau membawa motor, cara kau memandangku..dan tak lupa juga helmet putihmu yang tertera nama ringkasku.
Aku ingin kau tahu..kau yang pertama mencuri hatiku. Kau yang pertama mengajarku erti rindu. Cuma aku tak berkempatan untuk memberitahumu isi hatiku.Itu kesilapanku.
Dan kau perlu juga tahu..walau tak kuucapkan dan walau tak kupamerkan, di hatiku selalu menghargaimu.
Kerana kau yang pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment