Monday, July 13, 2009

Selagi Hayatku Ada


...

sebenarnya,

selepas kita terpisah dan masing-masing mencari arah.
sendiri.

aku mengharungi kehidupan sebagaimana manusia yang lain. Adakala aku bangun dan berlari. Adakala aku sekadar berjalan dan sesekali berhenti.

Adakalanya, aku melihat kebelakang dan muhasabah tentang apa yang aku tinggalkan.

Tipu jika aku berkata bahawa tiada orang lain selepasmu.

Tipu.

Mereka yang pernah menawarkan hati untuk dimiliki tetapi kemudiannya tidak menjadi.
Tak perlulah aku ceritakan kisah yang seharusnya menjadi sejarah. Tak perlulah aku ungkitkan luka dan nanah yang sudah kering dan tak perlulah lagi aku ungkaikan maruah.

Yang aku tahu, aku tak pernah melupakanmu.

Mungkin sekadar ingatan dan mungkin sekadar satu kenangan.

Aku teringat di ketika aku dan kawan-kawan berkhemah. Bagaimana namamu menjadi usikan. Bagaimana namamu diabadikan pada lagu yang kami dendang. Bagaimana namamu menjadi satu nama yang cukup menawan.

Aku teringat ketika di sekolah bilamana terlihat kelibatmu, betapa jantung berdebar dan aku menjadi tak tentu. Betapa ayu. Betapa kau di situ cukup untuk menenggelamkan waktu.

Bila kau berdiri, kau mengubah sekelilingmu menjadi seni.

Tatkala aku habis pengajian di universiti. Tatkala aku sudah mampu berdikari. Tatkala diri ini menginginkan satu kehidupan yang bukan lagi bersendiri dan mahu bercambah menjadi suara-suara halus menemani diri.

aku teringatkanmu.

Aku tak tipu. Aku benar teringatkanmu.

Tapi Tuhan tidak menemukan dua jalan yang selari dan hanya Dia yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment