Saturday, August 15, 2009
Seringgit Sebelah
Seringgit sebelah pemberianmu pada tahun 1987.
Seringgit sebelah yang tak mungkin bercantum kembali.
Yang kini menjadi simpanan peribadiku yang paling berharga. Tanda aku pernah hadir dalam hidupmu.
Friday, August 14, 2009
Topi Keledar Putih
...
Terima kasih kerana ingatkan aku tentang topi keledar putih itu.
Yang kemudiannya hilang di curi. Yang tinggal hanya besi pengikat yang di sangkutkan di bawah pelana.
Topi keledar itu murah sebenarnya, tapi aku ubahsuai pelapik dalamannya menjadi tebal dan aku tutup lubang kecil di sebelah kiri dan aku catkan semula dengan warna putih. Mungkin, seputih hati aku ketika itu.
Di bahagian belakangnya, aku lekatkan 'sticker' Oakley warna biru. Jarang remaja ketika itu melekatkan 'sticker' itu sebab Oakley lebih kepada Motorcross sedangkan yang paling hebat ketika itu adalah Eddie Lawson yang menunggang Yamaha dalam siri Grand Prix Motosikal dunia.
...dan aku beli sticker SUZUKI, aku potong dan aku lekatkan menjadi nama ringkasmu di kanan dan kiri topi.
Aku tak tahupun yang kau perasankan namamu itu.
Tapi, mungkin, ketika itu, aku genggam topi keledar putih itu agar menjadi lambang putihnya perasaan aku kepadamu.
mungkin.
Thursday, August 13, 2009
Kenangan Semalam
Kenangan semalam sering menghantui diriku. Walaupun telah lebih dua puluh tahun berlalu, rasanya bagai semalam ku mengenalimu.
Aku masih ingat..kita sering bertembung sewaktu pagi jumaat dimana diadakan aktiviti badan beruniform ketika itu. Kau memandangku dari jauh. Aku sedar. Aku pura-pura tidak memandangmu. Hakikatnya aku juga sepertimu. Cuma aku tidak menunjukkan reaksiku itu. Aku malu.
Aku sering melihat kelibatmu ketika aku berbaris panjang untuk ke sekolah..dan apabila kita bertembung di mana-mana, kau tak pernah lupa memberikan senyumanmu padaku. Senyuman bagiku yang amat manis sekali.
Sehingga kini aku masih ingat segalanya tentangmu. Cara kau berjalan, cara kau membawa motor, cara kau memandangku..dan tak lupa juga helmet putihmu yang tertera nama ringkasku.
Aku ingin kau tahu..kau yang pertama mencuri hatiku. Kau yang pertama mengajarku erti rindu. Cuma aku tak berkempatan untuk memberitahumu isi hatiku.Itu kesilapanku.
Dan kau perlu juga tahu..walau tak kuucapkan dan walau tak kupamerkan, di hatiku selalu menghargaimu.
Kerana kau yang pertama.
Wednesday, August 12, 2009
Bertemu dan Berpisah
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan.
Aku mengenalimu ketika masih di menengah rendah dan berpisah tiga tahun kemudian. Aku tidak pasti samada kita berpisah atau terpisah ketika itu. Yang pasti faktor kejauhan menjadi salah satu puncanya selain dirimu berasa bersalah kerana keputusan peperiksaanku yang tidak memuaskan.
Itu katamu.
Aku menerima permintaanmu untuk saling melupakan. Walaupun berat rasa hati ini aku terpaksa demi kebaikan kita berdua. Apalah dayaku ketika itu. Engkau di sana dan aku di sini. Seakan ingin terbang ke sana sewaktu menerima warkahmu itu dan ingin mendengar dari tutur katamu sendiri.
Hari-hari yang berlalu terasa sepi. Sepi tanpa berita darimu. Dan lama-kelamaan sepi itu sudah menjadi kebiasaan bagiku. Aku meneruskan persekolahan seperti biasa tanpa ada lagi kata-kata semangat darimu.
Dan aku meneruskan perjuangan itu tanpa kau di sisi. Insan yang pernah bertakhta di hati.
Tuesday, August 11, 2009
Lagu-Lagu Yang Pernah Dulu Membuai Sendu
Dulu, aku pernah mendendangkan lagu...
tercalar
mimpi semalam
yang diganggu siang
berpinar
sebuah rindu
bila ku sebut namamu
sayangku alangkah
janggalnya panggilan itu
sayangku mengapa
sukarnya aku mendekatimu
Selagi hayatku ada
ku tidak putus asa
menanti esok tiba
Selagi hayatku ada
kaulah yang kudambakan
dan kau dendangkan sendu....
Sepi Sekuntum Mawar Merah
Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...
Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...
Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini
Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan
Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...
...dan hanya kita yang tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)